Nota Cinta Buat Sang Pencipta

August 5th, 2008 by alynn85

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

lemahnye rasa..

July 31st, 2008 by alynn85

Di saat aku merasa kosong

Hanya kau yg ada mengisi hatiku..

Di saat aku sedih hanya kau yang ada

Menemaniku..

Di saat aku gembira hanya kau yang ada

Utk berkongsi gembira dgn aku

Di saat aku lemah hanya kau yang ada

Memberi kekuatan pd ku

Di saat aku marah hanya kau yang ada

Utk meredakan ku

Di saat aku rebah kau saja yang memberi

Pimpinan agar aku berdiri kembali

Di saat aku kusut hanya kau yang ada

Memberi tenang dlm hatiku

Setiap saat kau ada dgnku

Di saat aku menagih kasih org sekeliling ku

Kau masih terus mmberi kasih mu pd ku

Kadang2 aku lupe m’bls kasih mu

Sungguh kejam aku..

Kini tatkala aku kehilangan kasih org skliling ku

Kau masih setia mmberi kasih mu pd ku

Kini aku sedar

Hanya kau yg satu yg menyayangi ku

Aku sudah tiada siapa lagi

Tiada siapa menghiraukan ku..

Hanya kau saja ya Allah..

Semoga kasihmu akan terus abadi dlm jiwaku

Aku perlu lupakan kasih manusia yg berpura2

Kerana kasihmu lbh hakiki

Berilah kekuatan pd aku

Muslimah & Gambar

July 1st, 2008 by alynn85

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi! Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya? Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati. Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah! Penyelesaiannya Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu. Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja. Wallahu A’lam.

P/S= Artikel copy n paste… saje ltk sbgi peringatan spy aku x ltk gmbar2 yg ‘besar2′ dan ‘jelas2′ huhu

maafkan kami ya rasulullah

June 9th, 2008 by alynn85

Bayangkan apabila Rasulullah tiba2 muncul mengetuk pintu rumah kita…
Baginda datang dengan tersenyum dengan seraut wajah nan bersih di muka pintu..
Apa yang kita lakukan…

Subhanallah.. Nabi Junjungan di hadapan ku..

Pasti kita akan memeluk baginda erat2 dan lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita…
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah s.a.w sudi menginap beberapa hari di rumah kita…
Baginda tetap tersenyum… …

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah s.a.w menunggu sebentar di depan pintu kerana…

kita teringatkan CD klasifikasi 18xxx yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkannya dahulu video tersebut ke dalam…
Baginda hanya tersenyum… …

Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa
Barangkali kita akan memindahkan lafaz ALLAH dan MUHAMMAD yang ada di ruang belakang atau stor dan kita meletakkannya di ruang tamu…
Baginda tetap tersenyum… …

Bagaimana pula bila kemudian Rasulullah s.a.w bersedia menginap di rumah kita…
Barangkali teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu2 barat daripada menghafal selawat kepada Rasulullah s.a.w
Barangkali kita menjadi malu bahawa anak2 kita tidak mengetahui sedikit pun sejarah Rasulullah kerana kita lupa dan lalai mengajari anak2 kita…
Baginda tetap tersenyum… …

Barangkali kita menjadi malu apabila anak2 kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya, tetapi hafal di luar kepala mengenai anggota Power Rangers dan Ninja Turtles
Barangkali kita terpaksa menukar satu kamar mandi menjadi ruang solat…
Barangkali kita teringat bahawa perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah s.a.w
Baginda tetap tersenyum… …

Belum lagi koleksi buku2 kita dan anak2 kita…
Belum lagi koleksi kaset kita dan anak2 kita…
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak2 kita…
Ke mana kita harus singkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita…

Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid
meskipun azan berbunyi…
Baginda tetap tersenyum… …

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan TV, di dapur, di laman…
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi…
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat mahupun solat berjemaah..
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al-Quran…
Baginda tetap tersenyum… …

Bayangkan apabila Rasulullah tiba2 muncul di depan rumah kita…
Apa yang akan kita lakukan…
Masihkan kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita…
Ataukah dengan berat hati, kita akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu….

Maafkan kami Ya Rasulullah….
Masihkah Baginda tersenyum….
Senyum pilu, senyum sedih, dan senyum getir….
Oh! Betapa memalukan kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah…

Ya Allah,betapa rindunya diriku pada Mu dan pesuruhMu…

where is everyone? seems that i really miss them..

May 13th, 2008 by alynn85

Kdg2 rasa hidup ni riuh.. ada ramai org di skeliling menemani

Bersama2 gelak ketawa, lalalala…

Tp kdg2 tibe2 hidup ni rasa sepi je.. mane ntah pegi sume..

Mgkn masing2 sibuk dgn hal masing2..

Erm.. lumrah la agaknya…

Adakalanya pulak, ramai org di sekeliling.. tp nape ntah.. rs sunyi je dlm hati

Kdgkala hati terasa ingin berbicara,, tp tak tahu dgn siapa

Nak berkongsi gembira, sedih, resah.. tapi mana semua org..

Masing2 sibuk agaknye..

Em.. lumrahla agaknye..

Oh Tuhan, semangatku luntur.. aku takut..

Ingin ku kongsi ketakutan ini bersama mereka..

Tp di mana mereka??

Ku ingin sokongan dan kata2 smgt dr mereka..

Tp di mana mereka??

Oh mereka masih sibuk… knape mereka hanya tau sibuk..

Em.. lumrahla agaknye..

Nmpknye perlulah aku bertatih sendiri m’cari kekuatan

Di samping pertolongan mu ya Rabb

Kesiannya org tu.. xde sape nak layan

Bukanlah di minta layanan puteri raja atau permaisuri agong

Hanya meminta sedikit masa utk m’dgr rintihan hati..

Luarnya nampak gagah hadapi cemuhan, tohmahan..

Mgkn krn semulajadi nya di pandang sbgi seorg yg ‘BLUR’

Tp dlm hati tak sape yg tau..

Se BLUR2 die pon, masih ada hati n perasaan yg perlu di jg

Hm.. manalah sume org nih…

Owh.. luper.. sume org sibuk..

Erm.. xperlu la agaknye tunggu sesapa dtg utk gembirakan hati

Pujuk je la hati sendiri..

Allah ada.. cerita lah hanya pada Dia..

Hanya Dia pendengar setia.. tak penah merasa bosan atau jemu

‘sok sek’ pon kite b’2 je.. tade sape akan tau ape yg di ‘sok sek’

kan

Seronoknye ade ‘teman’ setia..

Ada

je di mana2 bile2 masa.. malangnye tak rmi sdar ke’seronokan’ berkawan dgn Dia

Utk org2 yg dkt dgn diriku.. aku sgt sdey dgn kalian..

Dekat di mata jauh di hati apela maknenye… mgkn kene jauh di mata, baru lah

lbh menghargai.. lbh dkt di hati.. agaknya lah.. aku pun tak pasti..

Ya Allah, jika kau merasa

kan

ini yg terbaik.. jauhkanlah aku dr pandangan mrk..

Mgkn mrk akan lbh m’’hargai aku stelah ketiadaan aku di sisi mrk..

Bkn aku tidak menyayangi mrk, ttp aku terasa hati dgn mrk..

Patut kah aku melayan rajuk ku ini.. huh.. wanita..

Smoga mrk berbahagia slalu..

Pd mu ya allah.. aku pohon kekuatan.. hiburkanlah hatiku yg lara

Jgnlah jadikan hatiku dirundung hiba..

Aku juga ingin gembira sprt mrk..

Walau mgkn utk seketika

- the end -

malam yg sepi, menunggu esok yg tak pasti..

awak yg dirindui..

June 15th, 2007 by alynn85

awak,     

rindunye sy kat awk.. lama dah kite tak kuar sesame.. mengimbau kembali saat kite b’kenalan.. pd mulenye sy takut nak b’kwn dgn awk. sbb org salu kate awk ni ber’bahaya’. sy pon tak reti sgt nak b’kwn dgn awk. so, sy ajak member yg lain utk teman skali bile kite nak g kelas..

awak,                                                                                       

kite bertiga selalu bersama  ke mana2 shj. kdg2 kite same2 g pkns (bile sy nak beli lense baru),g sec2 (bile sy tingin nak mkn sedap),kdg2 kite jmp ‘kwn2′ awk kat sec7.. sbb kdg2 awk ni tak btol sket, so kene repair sket bg btul.. hehe

awk,                                                                                     

spnjg cuti sem, sy tinggalkan je awk kat kolej. sian awk dok situ sorg2 slame sebulan. nasib baik ada en wan sy mtk tolong die tgk2 kan awk.tp tiap minggu sy dtg jmp awk, teman kan awk.. sblm ni kan sy takut dgn awk, tp lm2 sy rs syg kat awk. sbb tu sy dtg jmp awk. sy hrp kite akan dpt jd kwn baik..

awk,                                                                                      

bile bukak sem baru, kite dah tak bertige lg tp tinggl kite b’due je. hari2 sy g clas dgn awk. makin lama kite makin rapat n sy rs sy makin sygkan awk. tp kdg2, mood sy tak menentu. sy mls nk g clas ngan awk, so sy g ngan org lain. sy tingglkan je awk. siannye awk… jhtla sy nihh..

awk,                                                                                            

slps bbrp ketika, rmi pulak kwn sy yg b’minat nak kawan dgn awk. tp sy tak kesah kalu dorg kuar same2 ngan awk. tp bile da hujung2 sem, sy makin jarang bersama ngan awk. mgkin time tu mmg byk sgt assignment, presentation etc, sy pon dah lupekan awk.. sy tinggalkan awk sorg2, berpanas berhujan… siannye awk…. jht la sy nih.. tp, dlm hati sy, sy rindu jugak pd awk..

awak,                                                                                          

sy ingat lagi masa tu musim hujan. awk salu sakit tp sy tak bwk pon awk g ‘check’. sy tau awk sakit tp sy biarkan je awk cmtuh..bile sy tau awk asek wat hal n sakit2, sy tingglkan awk.. sy da jarang g clas dgn awk.. kdg2 je sy g ngan awk.. tp sy dpt rasakan hbgn kite tak semesra dulu.. siannye awk.. jhtla sy nih..

awak,                                                                                            

spnjg study leave lagikla sy tak penah jenguk awk.. sy tgk awk dr jauh je.. dah lame sy tak pegang awk, usik2 awk.. siannye awk.. sehinggalah satu hari, bile sy terasa rindu sgt kat awk, n sy nak g clas dgn awk, sy tgk awk da tade kat tmpt biase. awk, awk g mane?? sy nangis wak.. sy carik awk kat skliling tuh tp awk tade.. sy btul2 tade idea.. mase tuh sy hny nangis je. sy tau awk dah tade. awk dah tingglkan sy. sy sdey sgt.. rindunye sy kat awk.. jhtnye sy slame nih.. xpenah lngsung hargai diri awk.. dan bile awk dah tade, sy rs cm hilang arah..

awak,                                                                                 

sampai saat sy tulis nih awk masih m’hilgkan diri. sy stiasa t’ingtkan awk.rindunye sy kat awk… awk da byk b’js pd sy. krn awk, sy jd brani. krn awk, sy jd rajin.awk byk tolg sy. dan tibe2 awk m’hilgkan diri. mungkin awk merajuk ngan sy sbb lame sy tak kawan ngan awk..

sy tak pasti bile awk akan kembali. mungkin mustahil ttpi sy ttp akan tunggu awk wpon ms tuh mungkin awk sudah berubah rupa. sy hrp smoge sy dpt b’temu dgn awk smule.. masa tu, sy janji pd awk, sy akan jg awk, sy akan syg awk, sprtimana sy sygkan diri sy sdri..

p/s-> ‘awak’ ialah motorsikal yg dihadiahkan oleh mak pd sy utk kegunaan sy di kampus wpon sy tade lesen sbnrnye.. huhu. motor tu dah dicuri pd 30 april 2007, bbrp hari sblm final exam. kini yg tinggal hny kenangan sy b’samanya, kunci moto, kunci mangga,surat saman dr pak guard sbb moto tade pelekat… n special skali, bile kaki sy 1st time kene ekzos.. biarla kaki yg berparut sbb ekzos ni xhilang pon xpe, krn wpon nmpk pedih tp disebaliknye ada kenangan indah atr sy dan ‘awak’.. sy tak penah t’pk sy mampu bw moto, tp ‘awk’ la tlh m’dtgkan keberanian pd sy. sy pnh jatuh sm2 dgn ‘awk’, wpon malu tp sy gelak jer sbb rmi pulak yg dtg nak membantu..krn ‘awk’ gak sy jd rajin. sy akan kua bilik awl and balik lmbt sbb ada ‘awk’..so dptla sy study kat library n siapkan keje2.. tp awk pegi di saat2 sy sgt memerlukan awk d spnjg study leave, sy tade mood nak study, dtmbh dgn rs rindu dan b’slh sy pd awk.. mmg Allah btul2 menguji sy tp Alhamdulillah, Allah Maha Penyayang.. Allah menggantikan kehilangan awk dgn kejayaan sy dlm exam baru nih.. n sy tau, awk la slh satu tunjang utama kejayaan sy..

klaka bunyinye seolah2 sy bercinta dgn awk pulak.. he.. bialah.. mungkin lebih baik bercinte dgn benda yg tak bernyawa dr b’cinta dgn makhluk yg dikurniakan akal dan perasaan tp tidak bijak menggunakannya.. awk, sy akan ingt awk smpi bile2.. awkla kenangan terindah sy 2007 nih.. sy akan selalu rindukan awk.. smoge Allah akan menemukan sy dgn awk satu hari nanti.. Amin..